![]() |
Muka minta penampar. Tapi comel kan? :P |
Post harini panjang. Jadi, tak suka. Tekan X dia hujung page k?
Sabtu 3 Mac.
Awal pagi mesti dah kena kumpul dekat sekolah. Bila semua dah cukup baru boleh daftar. Pihak pengawas pula tengah tunggu kapten pelajar yang lambat sampai sekolah -.- Ali lah ni lambat sangat. Girlfriend dia pula duduk tepi tiang tunggu dia -_- Lepastu kena kumpul kat padang dan beratur ikut bas. Kite sama bas dgn Kak Sya and Kak Aliyah :3 and bestfriend kita , fifah fifot. Sebenarnya ada lagi sorangg tapi dia tak datang sebab sakit. Sedih sangatttt. Kitorang bas nombor 2. Yeay, sama bas dengan boyfriend kita, AM . Hewhew. Dalam perjalanan nak pergi Kem Kaizen, kitorang semua berbual sambil tengok cerita ...... Bujang Terlajak. Haha k berdekak gilaa. Afifah melayan perasaan dekat sebelah tingkap. Kite syok je tengok haha. Dalan perjalanan jugalah kite nak termuntah. Lepastu AM tengok je kita nak termuntah. Dia nak bagi air mineral dia tapi kite dah ada air mineral. Haha romantik tak bertempat lol. Alhamdullilah dah sampai kita tak termuntah. Kiera tabahkan kita :'> Terharu haha. Sampai sana letak beg and kem komander dah jerit suruh beratur. Time tu excited gilaa. Tapi bila dapat tahu tempat dia macam mane. Komander dia mcm mane. Kite dah seram sejuk. Kitorang diagihkan kepada beberapa kumpulan lepastu kena gerak dalam 20 saat semua dah teratur. Wadde..............? Lambat ketuk ketampi. Ayat senang, 'letak tangan atas kepalaaa' . semua pun mcm hmm okay. kaki kita dah nak terpatah. ergh. jalan mesti terhincut hincut. Then, dah agihkan kumpulan. bahagikan kepada dua team. Team A and Team B. kita team A. AM team B :( Sedih bolehh?
Lepastu ada aktiviti. Team A dekat tempat lain. Team B buat aktiviti kat tempat lain. Setiap kumpulan kena berada dalam satu lilitan benang dan tak boleh putus. Kalau putus, kalah. Kitorang terputus time dekat halangan terakhir -_________- tak ke rasa mcam haa? :O haha. dan, semua orang mesti kena simbah air. even waktu panas semua kena simbah. Tulah muka kite ada panau. tak best. lepas aktiviti, makan. makanan diorang awesome k. then ada aktiviti membuka ikatan tali dalam bentuk kumpulan. kumpulan 9 lepas peringkat kedua. hewhew.Okay then, malamnya pula ada night walk. aku dahlah tak suka memalam gini. aku bawa beg penuh dgn gulagula. then, ada orang tnye 'apa ada dalam beg? macam dah tahu je masuk tak keluar keluar' aku dah. eeleh dia nii. -.- Kthen, ada sorang abang form 5 kena azan dekat tepi dewan tapi dalam sikit dengan hutan. semua peserta telah diberi nombor. dan, aku bernombor 46 . jadi aku boleh tengoklah siapa yg kena masuk dulu. rupanya kena masuk sorang sorang dalam satu path yg sangat gelap ditemani dengan lampu merah kelip kelip -.- Sampai nombor ke 44, ketua kumpulan aku kena jalan. dia dah separuh jalan, dia patah balik sbb takut and dia ditemani dgn kawan dia *aku pun nakkkk :/ sampai je turn aku, aku jalan dekat kem komander dekat hujung dewan. dia ckap mcam ni .
HER : Awak takut tak nak masuk? Dah ready?
ME : Takut, bolehlahh.
HER : Kenapa bawa beg? Apa yg ada kat dalam?
ME : Ada botol air and gulagula. Kalau takut sy memang makan gulagula. Haha.
HER : Hmm, awak tahu tak binatang buas suka benda manis?
ME : *Jalan dan letak beg atas meja* 'READY!'
Then, aku pun jalannn. Dalam hati aku, 'jangan kacau aku iye makhluk Tuhan semua?' -.- Jalan dia tak macam jauh pula ann? Aku time tu jalan tunduk je. Bunyi cengkerik membuatkan aku mcm nak cekik-II je cengkerik tu. Senghamm wehh. Sampai je tengah nampak lampu putih then, terus pergi kat tali dan aku kena jalan dgn ketua kumpulan aku sbb sampai dekat pertengahan tali, dia patah balik -_- kenalah temann. Sesampainya aku dihujung aku rasa awesome gila :O dan, aku kena lalu dorm AM sebab dorm dia berhampiran dgn tempat berkumpul. Kena lapor diri dan aku terlupa nak ckap ASSALAMUALAIKUM --' . Then, aku duduk dalam kumpulan dan aku kena duduk sebelah amiraliff buah hati pengarang jantung. lol kami bestfriends . Kan amir kannn hahah. selepas satu jam menunggu peserta lain baru boleh masuk dorm. Abang Zack ckap 'SAYA NAK DALAM 7 MINIT LAMPU DAH TUTUP DAN AWAK SEMUA DAH TIDUR!' Aku dah bayangkan keadaan dalam dorm sekiranya sudah sampai minit ke 7 -.- Kelam kabut gila sehh. Tapi sebelum tu, semuaaa ketua kumpulan kena rendam dalam air pagi tu juga sbb anak buah bising. Kesian Ainaaaa !
Ahad 4 Mac.
Kitorang bangun pukul 3 -.- awal gila boleh? kitorang semua siap siap nak mandi. aku mandi kat dorm sebelah sbb bilik air dekat dorm aku mcm asdfghjkl ! hahaha. semua kena turun pergi dewan L untuk solat dan ada tazkirah sikit. semua orang nak terlelap time tu aku pun sama. lepastu, kitorang dapat rehat selama 1 Jam. Yeay :3 Aku pula melayan perasaan nak duduk tepi pintu sorang sorang selama satu jam --' Then, semua team A kena kumpul dekat dewan kaizen sbb ada Jungle Trekking :3 Team B ada obstacle. Sebelum jungle trekking, aku sakit perut sangat. and aku diletakkan di pejabat dekat tempat orang yg sakit. Tapi selepas syok berbual, sakit perut hilang. Jadi, aku kejar team aku kat atas puncak gunung. Aku pecut time tu, and semua group terkejut sbb aku berjaya mengejar kumpulan sembilan yg sudah jauh berjalan. Wahhhh ! Time jungle trekking aku jalan depan sbb geng aku semua nak pimpin tangan -.- dan kawan aku pula hampir nak terkencing haha. and, ada satu tempat ni ketua kena sebut nama ahli kumpulan. dan kitorang ada tiga peluang. peluang pertama tak lepas, kena duduk dalam air. kedua pun tak lepas, kena baring dalam air. ketiga pun tak lepas kene meniarap dalam air. Sejuk bhaiii -.- And kitorang teruskan perjalanan sampai ke puncak. and kitorang makan wadeh. and first time aku habiskan wadeh walaupun aku tak suka. sebab tengah kelaparan :/ terus, terus and terus. akhirnya sampai. Third team yg sampai. Yeay. Kau ada? kitorang kumpulan perempuan pertama yg sampai. kau ada? haha. and, team A and team B dikumpulkan di tempat yg sama. ada AM . and aku terlebih excited. aku tengah kepenatan and dia lambai aku dengan penuh semangat hihi. meaning, jungle trekking dah habis. yeay. lepastu kitorang ada obstacle dan semua nak berkaitan dgn air. ergh. kitorang kena melepasi pelbagai halangan. dan, satu satunya orang yg suka membuat bising dan kepoh gila ialah H****. Menyampah gila boleh? Then, jalan jalan jalan. Akhirnya sampai monkey bar, komander tnya siapa yg pandai berenang? Aku angkat tangan. yeay, boleh jalan dulu. aku bergayut tanpa sebarang kemusykilan then sampai ke penghujung. semua dah wahh, budak tu hebat gila. *bangga :O then, kena melepasi rakit. awesome gila boleh? duduk sebela Affendy. Kau ada? :P lepastu kena lepas tayar, then aku jatuh. jadi aku berenang ketepi. komandar yg jaga bahagian tu panggil aku suruh jadi lifeguard. aku dah Ya Allah, dalam kot -.- And aku terpaksa kasut kedua-dua kasut aku sebab nanti aku jadi cinderalla pakai kasut sebelah sahaja. aku jagalah sampai semua habis. time H**** dia boleh nak melemaskan diri pula dah -.- aku kenalah selam tarik baju dia. dalam dahlah tak nampak apa2. kaki cramp hampir 5 kali kat situ. Hampir nak lemas. tapi Alhamdullilah aku masih bernyawa. Then, meneruskan perjalanan. Akhirnya sampai. Semua kalau boleh nak jalan terhincut hincut kan? Then, balik dorm, mandi, solat and makan. Time sakit perut sangatt. Nyawa-nyawa ikan punya sakit perut haha. Akhirnya, semua kumpul sesama. aku duduk sebelah Kak Shuhada kita yg comel gilaa tu. Kitorang berbual and berbual. Dan, penamat kitorang adalah dengan Kapten Pelajar, Mohamed Ali . Dia baca doa pakai iPad sehh haha. semua berkumpul dekat dewan kaizen and beratur ikut bas. dah selamat sampai dekat bas. kitorang pilih tempat best sikit. kitorang duduk belakang. and, AM duduk belakang aku. dia bagi patung kuda yg dia beli dekat kem. Weeheee. Pemandu bas pergi buka cerita Kum Kum the Movie -.- Nowayy aku nak tengok. AM dah tidur. Jadi taknak kacau. Khairi dah tidur sambil makan lollipop. Kalau ada camera kan best :P Kiera pulaa syok tengok Kumkum. Ergh. Aku and fifah pula tidur. Aku tidur sambil peluk patung tu. Kau ada? haha tak habis habis. K dah sampai. Akhirnya aku pulang dengan selamat. Kbye. Iloveyou :*
Thanks for reading :3 hewhew .
With love,
Nazrin Zubir.